1 May. Jumaat. Cuti. :)
Selamat Hari Pekerja buat semua.
Jam 12.30pm.
"Mommy.. suruh aanz siap. Nak ajak pegi masjid."10 minit kemudian, anak teruna aku dah siap. Hensem. Dengan baju melayu penuh (raya tahun lepas punya) lengkap berkopiah.
Sebelum pegi, pesan siap2.
"Aan takleh bising2. Takleh lari2. Takleh cakap2."
Aan mengangguk-ngangguk. Sambil2 tu aku calit2kan minyak wangi ke bajunya. Kasik wangi.
Kami pegi masjid naik motor aje. Yelah.. dekat aje. Jack2 macam biasa. Mula la histeria tengok babah dah start motor. Jenuhla mommy memujuknya... teheheh.
Sampai about 1.00 pm. Orang tak ramai lagi. Kamipun amik tempat kat belakang, kat luar. Tapi position best, bawah kipas, dan still boleh nampak mimbar.
"Ikut babah baca... sahaja aku beriktiqaf dalam masjid kerana ......
Aan: "Sahaja aku ... apa bah..?" :D
Azan. Tok Khatib pun amik tempat.
"Babah... apa yang dia pegang tu..?"
Owh... alamak.. apa ye..? "Oh tu.. tongkat mimbar.." ye ke?
Khatib beri salam. Dan khutbah pun bermula...
.....
Seketika aku terlena. Bila aku bukak mata, Aan tengah pandang aku.
"Babah tido yee..?"
Alamak .. cemana la boleh kantoi...
"Syhhh.. " aku beri isyarat takleh bercakap. Kena la cover.
Abis khutbah. Solat. Aan masih kat sebelah.. nak tinggal sengsorang kat belakang takut hilang. Cuti kut sampai jemaah extraordinary ramai.. huhu.. abihla putus saf.
Abis solat. Doa. Then ajak Aan lepak minum air kelapa sambil tunggu jalan kurang sesak. Sebelum balik, sempat gak kitorang tapau'kan sate ikan.
Sampai umah, aku tanya kat Aan.
"Best tak solat Jumaat..?"
"Best!" Aan tersenyum ceria.
"Apa yang best?"
"Ada sate ikan." Jawabnya. Ikhlas. Jujur.
Hampehhh.......
Perginya Mak Ajah … Alfatihah
-
Assalamualaikum as much i wanted to write; i kept on deleting the contents.
Bonda tercinta saya or known as Mak Ajah telah pulang ke rahmatullah pada
har...
4 years ago
0 jot few words...: