Filed under: by: buntalz

Kalau perempuan cantik pendiam,
Lelaki akan cakap :- Woow, ciri-ciri isteri idaman...

Kalau perempuan tak cantik pendiam,
Lelaki akan cakap :- Eh, tak reti berkomunikasi betul...

Kalau perempuan cantik berbuat jahat,
Lelaki akan kata :- Mesti ada krisis nih.. kesiannye..

Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat,
Lelaki akan cakap :- Dah la tak lawa, perangai pulak hodoh...

Kalau perempuan cantik menolong Lelaki yg diganggu,
Lelaki akan cakap :- Woow!Heroin sejati...!

Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yang diganggu,
Lelaki akan kata :- Hm.. Taktik nak ngorat le tu...

Kalau perempuan cantik dapat Lelaki hensem,
Lelaki akan kata :- Ok la.... Bagai pinang di belah dua..

Kalau perempuan tak cantik dapat Lelaki hensem,
Lelaki akan kata :- Kesian.. mesti dah kena bomoh lelaki tu!

Kalau perempuan cantik ditinggal kekasih,
Lelaki akan kata :- Buta kayu betul mamat tu....

Kalau perempuan tak cantik ditinggal kekasih,
Lelaki akan kata :- Patut pun kena reject...

Kalau perempuan cantik penyayang dgn binatang,
Lelaki akan cakap :- Perasaannya halus...penuh dgn kasih sayang..

Kalau perempuan tak cantik penyayang dgn binatang,
Lelaki akan cakap :- Sesama makhluk harus saling menyayangi...

Kalau perempuan cantik bawa BMW,
Lelaki akan cakap :- Ntah dato' mana bela ni....

Kalau perempuan tak cantik bawa BMW,
Lelaki akan cakap :- Mesti anak org kaya ni.....

Kalau perempuan cantik tak mau bergambar,
Lelaki akan cakap :- Pasti takut kalau2 gambarnya tersebar..

Kalau perempuan tak cantik tak mau bergambar,
Lelaki akan kata :- Sedar pun diri tu...

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki,
Lelaki akan cakap :- Wah.. caring sungguh....

Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki,
Lelaki akan cakap :- Eleh, nak tunjuk caring le tu....

Kalau perempuan cantik bersedih hati,
Lelaki akan cakap :- Don't worry, i will make u happy forever..

Kalau perempuan tak cantik bersedih hati,
Lelaki akan kata :- Sikit2 nak nangis!! Gembeng! mengada2...

kalau perempuan cantik masak,
Lelaki akan kata :- Dah la lawa, pandai masak pulak tu...

Kalau perempuan tak cantik masak,
Lelaki akan cakap :- Ntah sedap ke tak masakan dia tu...

Kalau perempuan cantik main2 miss call,
Lelaki akan kata :- Takpe, rindu la tu...

Kalau perempuan tak cantik main2 miss call,
Lelaki akan cakap :- Ko ni takde keja lain ke...? sibuk ni tau tak..?

Kalau perempuan cantik hantar2 email,
Lelaki akan kata :- Sukenya....

Kalau perempuan tak cantik hantar2 email,
Lelaki akan cakap :- Asyik2 email dia... boring!!

* Dapat dari email member forward kan ... kalau macam nih... KECANTIKAN perempuan dinilaikan melalui apa?? semua org ada KPI masing... terpulang tak semua mempunyai pandangan serupa... :)

2 jot few words...:

On June 2, 2009 at 3:34 AM , Kakak said...

Ada yang menilai dari pandangan mata,
ada pula melihat ke dasar hati.
Semua orang ada pandangan masing-masing, namun semua org suka melihat kecantikan!

 
On June 3, 2009 at 7:59 PM , buntalz said...

betul kakak... tapi adakala cantik di mata kita tak semestinya cantik dimata org lain kan....